MEMORI SKPJB

SEKOLAH KU RUMAH KU




15
MEI
AKULAH GURU


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca


IKRAR GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami


Kami akan berbakti

Kepada masyarakat
Dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun negara
Pada setiap masa.
























SEJARAH SEKOLAH

PENUBUHAN SEKOLAH
..................................................

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan ( P ) Jalan Batu, Jalan Sultan Ismail, 50350 Kuala Lumpur dikenali pada awalnya dengan nama Batu Road Girls School.Sejarah penubuhannya tidak dapat dikesan.

Batu Road Girls School ( Sekolah Kebangsaan ( P ) Jalan Batu ) telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Rahimah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Aziz Shah, iaitu Tengku Ampuan Negeri Selangor pada tarikh 29 Mac 1962.Pada awal penubuhannya sekolah ini beroperasi dengan dua blok bangunan.

Selepas ditukarkan nama daripada Batu Road Girls School kepada Sekolah Kebangsaan ( P ) Jalan Batu ianya dipecahkan kepada dua pentadbiran iaitu SK ( P ) jalan Batu ( 1 ) dan SK ( P ) Jalan Batu ( 2 ).

Pada tahun 2002, sekolah tersebut digabungkan menjadi satu pentadbiran dengan nama Sekolah Kebangsaan ( P ) Jalan Batu.


MAKLUMAT SEKOLAH
...............................................

GRED SEKOLAH : GRED B
KOD SEKOLAH    : WBBOO41
LOKASI SEKOLAH : DALAM BANDAR
NAMA SEKOLAH : SK ( P ) JALAN BATU, JALAN SULTAN ISMAIL 
50350 KUALA LUMPUR.
NO TEL : 03-26949941
NO. FAX : 0326949941
EMAIL : WWW.SKPJB@GMAIL.COM
LAMAN WEB : http://skpjb.blogspot.com/




LENCANA SEKOLAH
................................................................................

  • BIRU   -           PERPADUAN
  • MERAH -        KEBERANIAN
  • PUTIH -           MEMNTINGKAN KEBERSIHAN
  • KUNING -       PATUH KEPADA AGAMA
  • BUKU -            PENJANA MINDA
  • GELUNG-       SEMANGAT KERJASAMA ANTARA PELAJAR, SEKOLAH, IBUBAPA    DAN MASYARAKAT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails